Tuesday, October 22, 2013

Raya Aidiladha kami



Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ni kami beraya di Perak. Alhamdulillah jalan pun taklah jammed sangat semasa pergi balik.

Kali ni balik banyak aktivitinya. marilah kita tgk apa yang ada okay.


 
Anak dara saya ni suka bergambar. Bila dah besar ni rasa senang sikit lah nak mintak tlg apa2. Alhamdulillah moga2 mereka menghormati orang yang lebih tua :)
 
 
 

 
Hadiah untuk ibuku. Sesuatu yang biasa-biasa sahaja tapi sangat bererti bagi kami. Mak sangat suka buat pau, karipap, roti. Kesian sangat tgk selama ni dia menguli dengan tangan. Jadinya setelah survey sana sini, dapat juga beli mixer untuk mak yang boleh buat dough pada harga yang berpatutan. Semoga mak gembira dengan hadiah ini
 
 

Mixer baru telah pun dirasmikan oleh cik pizza :) Dengan sekilo tepung roti dapat membuat 4 keping pizza dan 6 -8 buku roti. Haaa amik kau. Abis segala diet hancur. Tapi puas hati sangat bila buat homemade pizza.



 
 
Sehari sebelum hari raya Aidiladha, keluarga sebelah abah berkumpul di rumah makcik ku di bota. Tak ramai yang turut serta masing2 ada komitmen. Tapi makanan sangatlahhhhh sedap2 belaka. Pengisiannya solat berjemaah, bertakbir, makan, bersembang2 :)
 
-
akhir sekali...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






Ini budak kecik mmg suka membuli kakak2 nya...muka sangat slamber hahahha. Kalau ada hanger di tangan abis dikejar kakaknya konon nak merotan. Sudah hampir 1 tahun 4 bulan kamu Zahira. Sungguh manja kamu si anak bongsu...opsss bongsu buat masa sekarang :)




No comments:

Post a Comment