Monday, February 10, 2014

Perancangan Allah adalah yang terbaik



Pejam celik sudah masuk bulan Februari tahun ni. Ya Allah cepat betul masa berlalu.
Sudah 2 minggu jugak En Suami di rumah berehat akibat kemalangan semasa nak pergi kerja. Mujurlah tak teruk, hanya collarbone yg patah. Part yang lain² luka sikit.

Nasib baik anak² memahami. Tak mintak didukung. Ujian yang Allah bagi ni diterima dengan redha. Supaya lepas ni lebih beringat dan berhati². Selain tu dapat En Suami bersama² di rumah dlm tempoh yang lama. Kalau selama ni weekend je dia balik. Perancangan Allah adalah yang terbaik.

Sekarang dia still on MC. Boring sungguh katanya duk rumah. Makan tidur je kerjanya. Takpelah rehat betul².

Kisah anak pulak, Safiyya semakin seronok ke sekolah. Alhamdulillah. Walaupun macam-macam kerenah, tapi maknya ni layankan jela asal dia nak pi sekolah. Kakaknya Humaira, byk sgt membantu. Cepat matured Humaira ni, dan sgt memahami disaat ibu sedih. Sangat pandai ambil hati. Zahira pula dah setahun 8 bulan umurnya. Sangat menghiburkan hati keletahnya. Ya Allah syukur nikmat rezeki yang engkau berikan.




Gambar awal Januari lepas :)

No comments:

Post a Comment