Tuesday, March 18, 2014

Mari berkunfu di dapur :)


Hari minggu adalah hari yang paling bahagia buat diriku. 2 hari tersebut adalah hari untuk setelkan hal keluarga, beli barangdapur, nak servis kete ke, dan yang paling utama nak masak untuk suami dan anak². Setiap minggu, kena plan hujung minggu nak masak apa. Biasanya idea adalah dari anak².

Weekend baru ni menu adalah bihun kunfu. Semestinya kegemaran Safiyya dan Humaira juga sikecik Zahira hehehe. First time mencuba alhamdulillah anak² suka. Resepi dari pakcik google sahaja :) Untunglah kan zaman sekarang ni resepi berlambak² di pakcik google, hanya rajin atau tak je kan hehehe.

Selain tu, sempat juga buat nasi lemak, ayam goreng, sambal ikan bilis dan telur dadar. Ya Allah seronoknya tengok anak berselera makan. Sabtu bihun kunfu, ahad nasi lemak(nasi lemak takde gambar).




No comments:

Post a Comment