Tuesday, March 4, 2014

Rumah



Masa pindah rumah bulan Mac, 2012. Masa tu tgh sarat pregnantkan Zahira. Maknanya baru 2 tahun kami tinggal di sini.

Rumah yg perabot basic sahaja, dan kebanyakkannya dari rumah dulu. Langsir pulak dekat hall je baru, yang lain dekat bilik semuanya lama huhu [pinjam langsir lama mak :) ]

Dalam kepala ni nak hias here n there lah konon, tp en asben kata anak kecil lagi, biarlah lapang. Senang nak berlari . Bunyi pun bergaung kat hall hahaha nampak sgt togel barang takde.

Tapi teringin nak tukar langsir bilik, beli murah² je kan, yg simple² je.  Tgh recce colour n design yg sesuai.

Baru ni kemas baju lama yg tak pakai. Dulu masa nak pindah semua sumbat dlm kotak, tak sort out pun. Maklumlah time tu pregnant tak larat kot nak mengemas.  Baru la hegeh² kemas baju lama setelah dua tahun pindah. Puiii rajin sungguh ko Haza.Fuhhh mmglah byk kot baju yg tak boleh pakai. Dari size M, L ke XL sekarang. Bertabahlah. Nak simpan baju lama kot² tukar size ke M rasanya tak kot buat masa ni. Hahhaha.

Sekarang konsep pakai apa yg ada, yg penting rumah sentiasa bersih dan kemas. Ada duit sedebuk plan nak buat auto gate. Tunggula, selagi larat ku gagahi jua. Bakar skit lemak yg ada..ece ecewahh

Laman rumah yang secoiittt di depan pun tak berjaga. Apatah lagi nak ber garden. Teringin lah nak mencantikkan laman. Tunggulah pelan² kayuh. Buat yg penting² dulu. Belakang rumah, tanam pokok daun limau purut, serai, pandan dan daun kari sahaja. Cukuplah buat diriku yg 'rajin' memasak ni hihi.

Itu sahaja cerita pasal rumah. Gambar takde. Nanti bila² ku tepek kan dlm blog. Sekadar berkongsi idea sahaja tau, tiada niat nak menunjuk².


2 comments:

  1. ling, buat air terjun yang kite tengok tadi..lata macam2 ada heheh

    ReplyDelete
  2. buat air terjun anak aku yang terojon hohoho :P

    ReplyDelete