Monday, September 7, 2015

Pengisian hari minggu (throwback)





Kisah ni lebih kurang sebulan berlalu.

Setiap minggu, sebolehnya aku akan pastikan kanak² di rumah ni buat satu aktiviti bersama. Antara aktiviti adalah seperti eksperimen sains, berkebun, membuat kek, melukis, membina lego ataupun DIY project ataupun apa sahaja aktiviti bersama.

Lego yang pernah dibeli adalah dari yg murah hinggalah yg mmg brand Lego. Dari kecil lagi mmg dah didedahkan dengan lego aktiviti. Biasanya lego yg mahal jarang dibeli, melainkan atas reward kepada diorang. Contohnya menang dalam pertandingan di sekolah, menampakkan kemajuan membaca Iqra dan naik ke Al-Quran dan lain-lain. Biar mereka rasa value of money. Bukan senang nak senang.

Lego ni kena simpan elok² sbb saiznya kecil. Pastikan tiada yang tercicir dan disimpan dalam bekas yg disediakan. Mmg pada mulanya agak leceh nak selalu ingatkan pada diorang. Insya Allah lama² dengan harapan mereka pandai main, pandai juga mengemas.



 Bonding time :) Ada jugak bergaduh dan sentap masa bermain ni. Biasalah adik beradik. hehehe





Dah siap. 

No comments:

Post a Comment