Monday, September 21, 2015

Resepi Daging Dendeng Perak




Daging dendeng ni mmg favorite ku. . Agak renyah sedikit nak masak daging dendeng. Mood rajin pula weekend aritu.

Resepi daging dendeng style Perak:

Bahan untuk dikisar
Cili kering(suka pedas lebihkan cili)
Bawang merah
Serai sebatang

Cara²:
1. Rebus dahulu daging sehingga empuk(Saya guna 1kilo). Air rebusan disimpan.
2. Hiris nipis² daging, kemudian ditumbuk, selepas itu digoreng sebentar dan ditoskan minyaknya.
3. Tumis Bahan Kisar sehingga terbit minyak, masukkan gula, dan air rebusan daging tadi.
4. Masukkan kicap pekat sampai warna nampak gelap, sedikit air asam jawa dan garam.
5. Akhir sekali masukkan daging yg telah digoreng tadi. Jangan terlalu cair kuahnya, agak² lah ye.


 
 
Ni proses tumbuk daging. Kan ku kata buat ni renyah. Takpe benda sedap memang susah² dahulu hehehe.
 
 


Sesudah daging ditumbuk, digoreng pula


 
Ok ni akhirnya dah siap.
 
Sedap dimakan bersama nasi lemak jagung, dengan lemang pun boleh, dengan roti, dan nasi panas semestinya. 

No comments:

Post a Comment