Tuesday, September 22, 2015

Hias Laman Rumah



Mujur ada pokok hiasan dan pokok herba jadinya hati jadi riang ria.

Balik dari ofis penat², pi jumpa pokok dulu. Cakap dan belai² sikit, bagi minum/makan(baja) baru masuk rumah :) hehehe.

Deko biasa² je. Amatur lah katakan. Tambah pula waktu yg terbatas.
Pokok hiasan juga yang biasa², bukan yang mahal². Kot-kot umur tak panjang pokok tu taklah ralat sangat kan.




 
Ini satu² gambar yg terbaru saya ada.
Lavender Malaysia nama diberi, purple ohhh warna kegemaranku.
 
 


Ini koleksi gambar lama. Setahun yg lepas tahun 2014. Togel je lamannya hehehe almaklumlah saya budak baru belajar. Ruang yang terhad sebelah car porch.

Sekarang deco dah lain sikit. Semak sikit pun ada hahahha. Sebulan dua ni tak tesusun pokok achik. Nanti dah trim dan lawa² achik amik gambar ye.




Pokok kesayangan, ros jepun. Dulu merimbun bunganya tp sayang jodoh kita tak lama. Si siput dan bena putih telah memakan mu.




No comments:

Post a Comment