Thursday, October 1, 2015

4 hari bercuti di Teluk Intan



Pejam celik sudah pun masuk 1 Oktober 2015. Tak lama lagi sibuk nak siapkan hal sekolah anak untuk tahun depan.

Hari Raya Haji baru sahaja berlalu. Tahun ni dugaan yang menimpa Jemaah haji amat berat. Kejadian kren runtuh di Makkah pada 11 September 2015(Jumaat) dan juga rempuhan di Mina pada 24 September 2015(Khamis). Sesungguhnya Allah mencabut nyawa hambaNya tidak kurang sesaat tidak lebih sesaat. Moga hari ini kita lebih baik dari semalam begitulah juga seterusnya (sobs..sobs banyak sungguh dosaku)

Ok kali ni nak share kisah raya haji kami. Bertolak balik kg, pukul 8 malam hari Rabu. Jemm sana sini. Sudahnya pukul 12.30 sampai. Penatnya la. Cakap kat mak esok jelah pagi² kita masak. Malam ni tak larat masuk dapur huhu.

Korban lembu yang mak ayah ku join adalah pada hari Sabtu. Budak² ni pergi tengok org sembelih dan melapah lembu. Ku duduk sahaja di rumah.



 
Gambar di atas, adalah di rumah arwah atok dan opahku. Petang raya haji balik rumah pusaka keluarga, berkumpul adik beradik abah aku. Antara pengisiannya solat berjemaah dan bertakbir. Seronok sesekali jumpa. Kemudian BBQ (dah jadi acara tetap hahha)Tak dilupa air kelapa pandan fresh. Uishhh bergelas² ku minum. Dan juga air tembikai laici. Kembung perut byk minum air. Terbaik lah paksu tokey air hehehe. Langsung satu gambar makanan dan air pun takde. Achik bz time tu hehehe. Abis je makan dan sembang, pulang ke rumah balik kat T. Intan.
 
 


Menu pagi raya lemang(beli), ayam rendang(pagi baru masak, sedap sgt nanti ku share resepi).


Nasi himpit dan daging rendang hitam(pagi baru masak juga hehehe).

 Dah settle merendang, lepas minum pagi, buat laksa pula. Puas hati masak sendiri. Makan lah ulang 10 kali pun hahahaha dah mmg hantu laksa nak kata apa. Tapi ni laksa takde belacan.


 
Budak² happy. Cuti lama kan. Abahnya layan kan lah kerenah diorang buatkan belon sendiri. Mainlah korang sampai jemu.


Ok. Itulah cerita cuti kami. Dah² gi buat kerja

No comments:

Post a Comment