Monday, October 12, 2015

Resepi Ketam Masak Lada Hitam


Jom main masak² bersama anak².

Humaira ni kalau kita masak kat dapur dia berminat nak tengok. Rajin menolong juga. Kali ni ajar dia cara² siang ketam hingga lah nak masak.

Mula² kita siang dulu ketam, lepas tu potong dua. Bersihkan ketam. Selepas itu, ketuk kepit ketam dengan anak lesung supaya senang nak makan nanti.


Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Ketam dibersihkan dan dipotong dua.
Bawang besar dan halia(ditumbuk kasar)
Lada hitam ditumbuk kasar
Sos tiram
Setengah kiub ayam
Cili muda atau daun bawang(optional)

Cara²:
Ketam di goreng sebentar(ketepikan)
Tumis bawang besar dan halia yg telah ditumbuk. Masukkan kiub ayam.
Setelah naik bau, masuk sos tiram dan lada hitam. masukkan sedikit air (sukatan adalah agak²).
Masukkan cili muda dan ketam, gaul sehingga sebati semuanya.
Ok dah siap







Alhamdulillah anak² dan suami suka. Resepi simple sahaja

No comments:

Post a Comment