Wednesday, October 21, 2015

Throwback Projek Menanam Sayur

 
 
Entry ni dibuat sebagai sumber inspirasi ku untuk menanam sayur balik :) Mood menanam sayur belum mari hehehe.
 
Projek menanam sayur ni bermula bulan 12 tahun lepas. Kawasan rumah kecik, jadinya terpaksa guna cara mcm ni nak tanam sayur.
 
Ni pertama kali seumur hidup tanam sayur. Lepas tanam ni, baru tau cara yg betul utk menyemai benih, penjagaan pokok dan bla bla . Budak mentah lagi, byk sgt yg kena belajar.
 
Bekas tanam pokok guna tong air mineral. Last year kan kena catu air, byk lah koleksi tong air mineral utk simpanan air sewaktu kena catu. Bila dah takde catuan air, takde tempat untuk simpan tong tu. Timbul lah idea nak tanam pokok. Husband pun menyokong dan dia buat sekali para tempat letak bekas utk menanam. Mmg hobi dia suka bertukang, aku ni je yg tak menyokong hahahha sbb nanti penuh barang² bertukang bersepah :)
 

 
 


Pokok sawi dan bayam merah. Yang dalam pasu tu pokok kesum. Masa tu mmg tengah gumuk².


Ini lah gambar je ada. Tengah besar² pokok sawi dengan bayam terlupa nak ambil gambar.



No comments:

Post a Comment