Friday, May 13, 2016

Tersentuh Hati



Sewaktu sedang bersiap-siap untuk solat maghrib, Humaira datang dekat kepada aku dan hulurkan sekuntum bunga ros. "Ni untuk Selamat Hari Ibu", katanya .Ya Allah, tuhan sahaja yg tahu betapa tersentuhnya aku Humaira menunjukkan sayangnya dengan cara itu. Aku peluk Humaira, aku cium pipinya kerana terlalu terharu bila dia hulurkan bunga tersebut. Terlalu sedih apabila teringat apa yg ku selalu marahkan padanya. Walaupun umurnya ketika itu 4,5 tahun, aku anggap seperti usianya 7,8 tahun ketika itu.

"Along beli ni dekat bookshop sekolah. Along simpan duit". Berderai lagi airmata ni. Dan dia pun menangis sama. Di kala 7tahun, dia telah pandai meluahkan rasa sayang dengan cara begitu, tanpa disuruh oleh sesiapa. Dia tidak pernah didedahkan mengenai sambutan hari ibu dari kecil lagi dan sekolahnya pun tidak meraikannya kerana dia bersekolah agama sewaktu tadika.

Kad kecil diselitkan di bunga tersebut dengan kata- kata " Along sayang Ibu. Ibu sayang along tak? Mestilah ibu sayang"

Terima Kasih Allah kerana kurniakan kepadaku anak-anak yang cukup sempurna di mataku. Tinggikanlah akhlak mereka. Bahagiakanlah mereka dunia akhirat.

Teringat perbualan ku dengan seorang doktor, dia mengatakan semasa anaknya bersekolah darjah 1 hingga 3 tidak dipaksa untuk cemerlang dalam pelajaran. Waktu tersebut dia sangat pentingkan adab anak-anak2 nya, solat dan doa bersama anak2nya, terapkan akhlak yang baik. Apabila dia mencapai umur 10tahun iaitu darjah 4, kesedaran pelajaran akan timbul pada mereka.


2 comments:

  1. awwww suwitnya anak ibu..berkat aku dukung dia kecik2 dulu..suwit macam aku linggg

    ReplyDelete