Tuesday, June 14, 2016

Ramadhan tiba lagi



Haii sayang² semua.

Alhamdulillah puasa ke 9 hari ni. Cepat sgt masa berlalu. Melayan kerenah anak berpuasa, walau rasa penat tp hati gembira. Bangun seawal 4.30pagi siapkan sahur, pergi kerja keluar rumah pukul 6.10pagi. Hantar anak ke taska dan sekolah. Balik ofis pukul 4ptg. Sampai hampir 5.30. Balik kelentung kelentang di dapur untuk juadah berbuka, sambil tu basuh kain. Malam masa sidai kain,lipat kain dan tengok homework anak. Pukul 11 barulah tidur. Begitulah rutin setiap hari.

Setiap hari aku berdoa moga urusan dipermudahkan, hanya pada Allah tempat bergantung. Cuma hati ni cepat risau kalau ada apa2 yg merunsingkan. Kami semua sihat baik-baik sahaja. Tahun ni aku takde tempah baju pun. Hanya untuk anak je. Bapa mertua baru meninggal, jadi sambut raya hanya biasa² saje.

Zahira dah 4tahun. Manja nya ya amat. Tapi asyik mintak nak baby..hehehe. Seronoknya bau baby. Bulan 2 hari tu, baru gugur. Waktu tu dah 10 minggu. Takde rezeki kami lagi.

Dah lama tak jejak ke nursery bunga. Pokok² kat rumah tu pun tak berlayan sgt. Asal siram je. Tunggu ada mood nak bercakap dgn pokok balik. Rindu nak pokok kesum gemuk² mcm dulu. Skang ni pokok kesum kurus² je. Kena belai lebih ni..sian kurang perhatian.


Jom layan gambar antara menu berbuka dgn gambar² lain

 
Nasi Arab


 Kari ikan bawal emas


 
pekasam daging



suka bergambar kak chik ni




No comments:

Post a Comment